Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless)
Rangkaian tanpa wayar adalah salah satu cara untuk menyambungkan komputer-komputer dalam sebuah rangkaian. la membina sebuah rangkaian dengan menghantar isyarat frekuensi radio di antara komputer-komputer untuk berkongsi maklumat.
Rangkaian tanpa wayar adalah serupa dengan rangkaian berwayar tetapi satu perbezaan nyata ialah rangkaian tanpa wayar boleh dicapai dalam ruang litup tertentu tanpa sebarang lokasi tetap. Dengan itu pengguna dapat bergerak bebas dan duduk dimana sahaja tanpa sebarang masalah (jika berada di dalam ruang capaian frekuensinya).
Terdapat dua jenis topologi rangkaian tanpa wayar iaitu peer-to-peer dan client-server. Dalam rangkaian tanpa wayar peer-to-peer rangkaian akan berhubung dengan setiap komputer yang ada dalam rangkaian dengan lebih mudah dan secara langsung. Manakala bagi rangkaian tanpa wayar client-server pula, terdapat titik capaian (access point) untuk membolehkan komputer notebook menerima dan menghantar data menerusi titik ini menghantar kepada semua komputer yang dicapai oleh rangkaian.
Well Done Nurin Irdina from BABA
ReplyDeletethank you....
ReplyDelete